Wednesday, June 15, 2011

Nikmat Allah Kepada Manusia dan Tanda Kebesaranya.

Assalamualaikum w.b.k.

Tahukah anda bahawa Allah s.w.t itu maha pemurah lagi maha pengasih?

Tahukah anda Allah mengurniakan manusia dengan pelbagai kemudahan dan keperluan?

Mengapakah manusia masih angkuh sama ada yang kafir mahupun muslim?

Hilangnya tuju arah yang benar seorang manusia terletak kepada keimanan mereka.

Iman merupakan asas utama bagi seorang muslim.

Manusia zaman sekarang hanya sedar jika segala nikmat yang mereka peroleh itu datang adalah dari usaha mereka sendiri,bukanya Allah s.w.t dan di sinilah segala-gala bencana akan berlaku.Hati seseorang manusia itu akan dihijab dan kebenaran akan sukar untuk diperoleh.

Tahukah kita bahawa makanan merupakan kurniaan Allah kepada kita?
Ia merupakan salah satu nikmat dari Allah kepada kita.

Makanan merupakan asas kepada segala keperluan manusia.Tanpa makanan,manusia akan mati.

Segala-gala yang terletak di dunia ini dan alam semesta ini milik Allah S.W.T.

Tapi manusia pada masa kini menjadi angkuh apabila mendapat nikmat daripada Allah.Ada yang Bakhil dan Ada yang Boros.Sewajarnya seseorang itu dapat membezakan mana keperluan dan nafsu.
 
Sebaik-baiknya seorang manusia itu membelanjakan wangnya kearah suruhan Allah S.W.T , sesungguhnya segala hartanya dikurniakan Allah.


Bukan sahaja makanan itu nikmat Allah kepada kita,segala-gala yang terletak di atas muka bumi dan alam semesta ini milikNYA.


Surah Yasin  ayat 37 : Dan suatu tanda ( kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam ; Kami tanggalkan siang dari malam itu , maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.

Sudah jelas ternyata , jika Allah s.w.t menutup siang dengan malam,segala bumi akan berada di dalam kegelapan .Alangkah seksanya jika setiap masa bumi ini diliputi kegelapan , segala-galanya akan mengalami perubahan.Pokok akan mati kerana tidak dapat menjalani proses fotosintesis,binatang herbivor akan mati kerana tidak mendapat tumbuh-tumbuhan untuk dimakan dan segala rantai kitaran hidup akan mati satu per satu.Jika Allah menarik satu persatu nikmat,sesungguhnya manusia akan berada di dalam penuh kesusahan.Potongan ayat surah yasin ayat 37 ini cukup kukuh menjelaskan nikmat yang diberikan dari Allah kepada kita dan juga Tanda kebesaranya.



Thursday, April 21, 2011

Satu langkah Demi Satu Langkah.

Assalamualaikum,
terfikir dalam otak saya,macam mana nak ajar orang untuk tunaikan 5 solat fardhu sehari semalam dengan lengkap,sebab ramai juga diantara sahabat saya yang tak menunaikan lengkap solat fardhunya atas sebab-sebab saya tidak pasti.Adakah halnya mustahak untuk meninggalkan solat.Solat merupakan tapak keimanan.Ada solat zohor dan asar tapi tinggal subuh.Jadi,saya terfikir,apa kata cuba satu langkah demi satu langkah.Saya telah guna teknik ini dahulu dan Alhamdulillah berhasil.Langkah-langkahnya:-

  1. 1st,Set satu "goal" period masa,Set satu minggu untuk kita usaha supaya solat fardhu kita lengkap.Kalau berjaya,cuba untuk besarkan scope target ke satu bulan dan InsyAllah tidak akan meninggalkanya.
  2. Masuk waktu,terus solat,sebab bila kita lengahkan,nanti jadi malas.
  3. Selalu tengok jam.
  4. Kalau rumah berdekatan dengan surau dengan masjid atau tengah lalu dihadapan masjid,pergilah.
  5. Banyakkan berdoa untuk hilangkan kemalasan dan tingkatkan kerajinan,bukan setakat dalam solat sahaja,bila-bila masa puwn boleh.
  6. Islam itu mudah,cuba sedikit demi sedikit,percayalah,bila sekali anda sentiasa menunaikan solat,anda akan rasa satu kekurangan jika meninggalkan salah satu waktunya.

Saya juga dahulu sering meninggalkan solat,tapi ia tidak bermakna kita harus jadi sedemikian sampai bila-bila.Berubah sedikit demi sedikit,keimanan bukan diperoleh secara mendadak.Tidakkah al-quran datang secara beperingkat,kalau ia sebegitu,manusia puwn berubah secara berperingkat.Tidak ada Bayi yang boleh berlari selepas keluar dari perut ibunya.

Saya akhiri entry saya dengan petikan ayat suci Al-quran,
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Jika saya tersalah tulis didalam entry ini,harap maaf,Maklumlah,manusia tidak lari dari melakukan dosa.Itu sudah pasti.yang baik dari Allah yang buruk dari saya ,yang silap harap ditegur,yang kurang harap diperbaiki,wassalamualaikum.

Tuesday, April 19, 2011

Dahsyat.

Assalamualaikum.
Saya sedang blogwalking tiba-tiba ternampak satu blog yang menarik minat saya.
http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
Wahhh,memang dahsyat.Bloggernya betul-betul memperjuangkan dan pulihkan akidah wanita islam.Walaupun agak kasar sentuhanya dalam menasihati kaum hawa namun ia tetap menarik.Bagus,cuma kasar dan bukan cara saya untuk menegur wanita sebegitu.


1st time baca entry-entrynya.The blogger is an extreme person.Coool~~~

Tapi apa-apa puwn,blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/ is a must to read.Go venture the mind of the blogger http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/ which  continues to rage war against woman tha commit sins.

Jika saya tersalah tulis didalam entry ini,harap maaf,Maklumlah,manusia tidak lari dari melakukan dosa.Itu sudah pasti.yang baik dari Allah yang buruk dari saya ,yang silap harap ditegur,yang kurang harap diperbaiki,wassalamualaikum.

Saturday, April 16, 2011

Berkhatan,kenangan seorang lelaki.

Assalamualaikum semua,
Apabila kanak-kanak lelaki terdengar pasal ayat "KHATAN" & "SUNAT" pasti dapat merasakan kegerunan.
Hukum berkhatan mengikut mazhab-mazhab,ada yang wajib dan ada yang sunat tetapi hampir semua mazhab dalam islam menuntutnya.Bila mak ayah kata macam nie,"Minggu depan Ayah dengan kawan ayah dah buat majlis khatan ramai-ramai,nama awak puwn ada."

Mak aih,mcm nk tercabut jantung dengar.
Sebelum tunggu deadline untuk majlis berkhatan,kalau difikirkan lama-lama,rasa nk lari dari rumah,bukan apa,tapi ianya memang menakutkan. "Parang,gunting,gergaji,katana,apa agakanya digunakan?",itulah yang difikirkan dalam otak.Dulu waktu kecik-kecik kawan saya pernah cerita kat saya tentang berkhatan dengan gunakan laser dan dalam kepala otak saya terbayang pedang lightsaber.Pelik-pelik.Bila tiba hari pengadilan berkhatan,Fuuh,Jantung bukan setakat dah nak tercabut rasanya,badan sejuk,rasa nak lari je.Pernah diceritakan oleh bapak saya,orang dulu berkhatan relax je pakai tanduk kambing,kayu buluh dan parang

."Nak tenangkan hati ke nak bagi lari?",itulah perasaan saya bila bapak saya ceritakan.Selalunya sebelum berkhatan,mangsa berkhatan akan mandi air pili bomba tetapi kt kampung mandi sungai,lepas abes semua tuwh,semua mangsa-mangsa akan pergi kenduri makan-makan,dan diakhiri dengan upacara samurai watanabe.Tapi bila tiba kat depan pendekar parang,fugh,memang rasa nak pitam,tapi nasib baik la saya hidup di zaman moden,dibius la juga.Dia hilangkan juga derita sakit waktu berkhatan.

Bila dah selesai berkhatan,side effect akan berlaku.Kesakitan selama beberapa hari diikuti dengan pantang larang dalam cara pemakanan dan perbuatan harian memang menjengkelkan hidup saya pada waktu kecil.Tapi bila dah sembuh,AMBOI,bukan main,mau berlagak lagi dengan orang lain.Ayat-ayat macam nie la anda dengar dari sahabat-sahabat anda yang lain kan kaum lelaki?:-
  1. "Eyh,aku dah sunat,tak sakit puwn!"
  2. "Aku sunat lagi awal dari kau!"
  3. "Ala sunat je,aku dah lama sunat"
  4. "Aku bila sunat tok lebai tu pakai parang,aku ilek je"
  5. "KAU tak sunat lagi?"
Hah,itulah kenangan hidup seorang lelaki.Tapi nampak sangat perangai lelaki yang penakut lagi belagak tu teserlah pada waktu kecik.kan3?
Jika saya tersalah tulis didalam entry ini,harap maaf,Maklumlah,manusia tidak lari dari melakukan dosa.Itu sudah pasti.yang baik dari Allah yang buruk dari saya ,yang silap harap ditegur,yang kurang harap diperbaiki,wassalamualaikum.

Hebatnya:D

Assalamualaikum,
Hehe,saya terlihat satu article apabila ingin search tentang gambar hulk.
Article nie menceritakan tentang Giuliano Stroe,Anak kelahiran Romania nie memeranjatkan saya.Badanya berotot-otot pada usia yang agak kecil.Baru 7 tahun dah ada otot macam nie?Hebat-hebat.Sejujurnya,saya puwn tidak mempunyai badan yang berotot sebegitu.Kepada sahabat saya Izhar dan Khalid juga tidak dapat tandingi adik Giuliano nie.
Dan yang membuatkan saya terkejut beruk,adik Giuliano nie boleh buat planche pushup dengan air push up dan adik Giuliano nie dah pecahkan world record pada 24 febuari 2010.
hehe,macam mana para pembaca sekalian?(terutama body builder yang sudah berusia)
dahsyatnya kuasa Allah sampai memberikan qudrat dan iradat kepada adik Giuliano?hehe.

Arab kasar?

Assalamualaikum semua
Saya mempunyai seorang sahabat dari mesir,
Saya pernah mendapat khabar tentang arab itu kasar,
Namun saya tidak percaya kerana saya tidak pernah lihat orang arab kasar,
Orang arab kelihatan peramah namun,
Apa yang saya alami ini mengubah persepsi terhadap orang arab,
Saya bekerja sambilan di Al-Tasneem,sebuah syarikat yang
Menjual bahan ilmu agama islam dan sebuah syarikat yang pembekal buku agama.
Pada jam 2.30 pm,saya ditugaskan untuk pergi ke store dengan sahabat berketurunan mesir saya yang bernama Ali.Kami berdua ke store dengan menggunakan kereta Nissan Serenanya , saya perasan yang dia tidak memperlahankan kenderaanya apabila melanggar setiap bumper perjalanan,jauh sama sekali macam masyarakat Malaysia,Dalam hati saya timbul penuh persoalan?"Tak rosak ke kereta Ali nie?",muka Ali selamba,mungkin muka dia macam gmbar di sebelah kanan nie kuwt.haha.Tapi apa-apapuwn,walaupun mereka kasar,namun orang arab ini peramah orangnya.

Jika saya tersalah tulis didalam entry ini,harap maaf,Maklumlah,manusia tidak lari dari melakukan dosa.Itu sudah pasti.yang baik dari Allah yang buruk dari saya ,yang silap harap ditegur,yang kurang harap diperbaiki,wassalamualaikum.

Thursday, March 17, 2011

Hati,aqal,ihsan,taubat.


Assalamualaikum semua,kali ini saya terlihat satu video yang menunjukkan Jepun dilanda tsunami namun apa yang membuatkan saya kagum dah juga sedih adalah peristiwa dimana anjing sanggup menunggu rakanya yang sedang cedera.Anjing ini kadang membuatkan saya menimbulkan persoalan kepada diri saya.Anjing iaitu Binatang di mana tidak dikurniakan akal fikiran serta perasaan juga boleh bertindak ihsan terhadap rakanya sendiri tetapi manusia pula tidak.Apa yang dapat dilihat sekarang jika dibandingkan dengan manusia adalah sangat jauh berbeza.Cuba kita lihat di Malaysia sudah cukup dimana Malaysia itu sendiri adalah negara islam dan lihat dimana ramai pasangan yang sanggup membuang bayi mereka yang tidak bersalah.Saya berasa hairan kerana sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan namun ada juga yang memilih untuk mengikut hatinya dari aqal yang dianugerahkan manusia dan lebih-lebih lagi yang membuang bayi itu adalah masyarakat Melayu Islam.Kita seharusnya berfikir dan bertindak waras.Kalau selogik-logiknya ,seorang ibu atau ayah tidak sanggup meninggalkan anaknya dan mebuang anaknya.
Disini dapat dijelaskan dalam petikan al-quran:

“Dan sesengguhnya Kami(Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mehu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyi telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A'raf 179) 

Mengapa mereka membuang bayi mereka,Adakah mereka malu terhadap manusia lain,Adakah mereka malu kerana mahu membela Maruah mereka sampai sanggup membuang bayi yang tidak bersalah sedangkan binatang tidak berlaku sedimikian?Setiap tindakan yang dilakukan semesti kita  menanggunya kerana Allah telah memberikan kita Iradat (kehendak) .Dari awal Allah telah memberikan kita kehendak untuk memilih jalan yang baik atau buruk namun bagi setiap tindakan akan ada padahnya.Saya mahu katakan,kita bukan hendak malu kepada manusia tapi harus malu dengan Allah.Kita seharusnya gunakan aqal dan hati kita kearah kebaikan iaitu kejalan Allah s.w.t.Kita janganlah mengikut nafsu,jika sudah terlanjur dalam melakukan sesuatu yang buruk,jangan lari dari masalah itu kerana ia sendiri akan mengundang kearah masalah yang lain.Ini adalah dugaan dan dugaan adalah ujian dari Allah s.w.t kepada kita sebagai hambanya.Jika kita lari dari dugaan,maksudnya kita lari dari ujian Allah.Bertaubatlah jika berbuat salah,jangan berhenti memohon taubat kepada Allah s.w.t.Pintu taubat tidak pernah tertutup sehingga hari akhirat dan hingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.Jika kita jatuh,bangun dan jalan.Jalan yang benar ialah jalan ke arah Allah.Kenali Awaludin makrifatulah, mengenal awal agama adalah dengan mengenal Allah.
insyAllah yang baik dari Allah dan yang buruk dari saya sendiri.Sensungguhnya hikmah milik Allah.

Bagi mengakhiri entry saya kali ini ,saya ingin menunjukkan video perisitiwa yang berlaku di jepun.Banyak hikmah yang boleh diperoleh.Wassalamualaikum 


Monday, March 7, 2011

Maulana Arif (KEBEBASAN BERSUARA)

Assalamaualaikum,kali ini saya akan post lagi tentang entry Maulana Arif , topik beliau begitu menarik jika dihayati.Agar semua umat islam mengambil iktibar atas apa yang ditulis oleh beliau.Harap semua mendapat manfaat.
JANGAN SALAHGUNA NIKMAT KALAM
``Golongan inilah yang menuntut kebebasan bersuara. Tetapi lihatlah kandungan akhbar yang menjadi suara politik mereka. Hanya dipenuhi dengan tulisan yang memburukkan orang lain, mengumpat, prasangka dan ada kalanya memfitnah.’’
Oleh MAULANA ARRIF
KALAM atau tutur kata adalah kurniaan Allah s.w.t yang amat istimewa kepada manusia. Kalam boleh juga ditakrifkan sebagai kaedah berkomunikasi. Sumbernya adalah akal yang menghasilkan buah fikiran dan dijelmakan melalui mulut dan tangan.
Manusia mula berkomunikasi dengan menggunakan mulut dan bahasa. Melalui perkembangan akal, manusia mencipta tulisan yang dicatat di atas bahan primitif seperti daun, batu, tanah liat, dinding gua dan kulit binatang.
Manusia moden mencipta kertas yang lebih mudah disimpan dan dibawa. Hasilnya ialah manuskrip dalam bentuk buku, risalah, makalah dan surat khabar. Kalam ini dinamakan media cetak.
Perkembangan teknologi menghasilkan alat-alat komunikasi yang lebih sofistikated seperti radio, telivisyen, telefon dan terkini komputer. Lalu dinamakan media elektronik dan media siber.
Pada hari ini segala bentuk media ini diadunkan sebagai kalam yang sangat pantas penyebarannya di bawah teknologi maklumat berkomputer.
Begitulah kehebatan otak manusia menjadikan kalam yang Allah kurniakan begitu pelbagai kegunaan dan pantas penyebarannya. Dalam sekelip mata ia boleh dicapai oleh berjuta pembaca di seluruh dunia. Namun sebagaimana kebanyakan ciptaan manusia, ia dwi kegunaan -- boleh digunakan untuk kebaikan dan juga kejahatan.
Maka berwaspadalah menggunakan kalam. Ia boleh memaju dan memakmurkan negara, tetapi ia juga boleh menyebabkan huru-hara dan porak-peranda. Disebabkan penyebaran maklumat melalui kalam hari ini begitu pantas, kesan baik atau buruknya juga boleh berlaku dalam masa yang singkat.
Lihat sahaja huru-hara yang berlaku di negara-negara Islam sekarang. Bermula di Algeria, ia merebak ke Mesir, Yemen dan Libya. Kalam moden telah membolehkannya berlaku begitu pantas. Sama ada ia membawa kebaikan kepada umat Islam, masa akan memberikan jawapannya.
Dari sudut politik apa yang berlaku di negara-negara Arab itu telah disifatkan sebagai kebangkitan rakyat terhadap pemimpin atau rejim yang terlalu lama memerintah, tidak adil dan menyekat kebebasan. Perkembangan ini memberikan nafas baru kepada golongan penentang dan pembangkang rejim atau pemimpin yang terlalu lama memerintah. Bagi mereka, huru-hara akan melorongkan peluang untuk merebut kuasa.
Di Malaysia yang turut terdedah kepada pengaruh kalam moden, sudah ada suara-suara sumbang yang meramalkan kemungkinan gelombang yang sama akan beralun ke negara ini. Apakah ramalan mereka akan menjadi kenyataan atau sekadar impian?
Puak yang sama berharap gelombang itu akan merebak ke Malaysia dengan alasan di negara ini juga tidak ada kebebasan. Benarkah? Atau ini hanyalah satu strategi untuk meracuni fikiran rakyat supaya membantu mereka menumbangkan kerajaan yang dibenci kononnya kerana sudah terlalu lama memerintah. Disebabkan di Malaysia rakyatnya tidak miskin dan tertekan seperti di negara-negara Arab itu, lalu mereka digula-gulakan dengan ketiadaan kebebasan termasuk kebebasan bersuara.
Benarkan tiada kebebasan bersuara di Malaysia? Apakah golongan ini mengamalkan kebebasan bersuara? Lihat apa yang telah mereka lakukan.
Lihat bagaimana golongan ini menggunakan kebebasan di dunia siber. Internet mereka telah gunakan  sewenang-wenangnya sekian lama untuk memburukkan lawan dengan cara yang bertentangan dengan larangan Allah yang tegas lagi jelas dalam al-Quran.
Anehnya sebilangan mereka mengaku bergama Islam dan beriman kepada al-Quran. Malah ada yang mendakwa mereka lebih Islam daripada orang lain. Tetapi lihat cara mereka berkalam, sama ada di pentas ceramah, dalam akhbar mereka dan di dunia siber.
``Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sessungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu  memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.’’ – 49:12  
Berapa banyak tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh golongan ini ke atas musuh-musuh politik mereka hanyalah berasaskan prasangka. Mereka juga amat gemar mencari-cari kesalahan sehingga ke peringkat memfitnah. Mereka juga suka mengumpat. Sesungguhnya jika beriman, mereka tidak akan melakukan perbuatan ini.
Tetapi mereka terus melakukannya dengan alasan kononnya perkara yang buruk wajib didedahkan kepada umum, sekalipun ke tahap mengumpat. Malangnya sebahgain perkara yang mereka dakwa buruk itu hanyalah berasaskan prasangka sahaja, malah ada kalanya fitnah semata-mata.
Golongan inilah yang menuntut kebebasan bersuara. Tetapi lihatlah kandungan akhbar yang menjadi suara politik mereka. Hanya dipenuhi dengan tulisan yang memburukkan orang lain, mengumpat, prasangka dan ada kalanya memfitnah.
Yang melucukan, salah satu akhbar golongan ini lebih banyak memuatkan iklan `ubat kuat lelaki.’  Apakah seks juga turut menguasai pemikiran mereka?
Suatu masa dulu mereka telah menguasai dunia siber. Lihatlah bagaimana mereka menggunakan internet untuk mengaibkan pemimpin-pemimpin negara, menabur prasangka, meracuni pemikiran rakyat dengan mencari-cari kesalahan orang lain. Blog dan laman web mereka dipenuhi cacian dan kartun-kartun yang amat mengaibkan nama-nama yang patut dihormati.
 Akhirnya sekarang sebilangan pemimpin golongan ini pula menanggung padah akibat perbuatan mereka. Dulu mereka mengaibkan, sekarang mereka pula diaibkan oleh orang lain dengan cara yang lebih hebat. Malah sebilangan pemblog yang dulu menyokong mereka, kini berpaling tadah menyerang mereka.
Inilah gara-gara perbuatan mereka sendiri. Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Di dunia sudah dihukum, di akhirat apatah lagi.
Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:`` Katakanlah kebenaran, sekalipun pahit.’’
Makna hadis ini ialah orang Islam hendaklah menyatakan kebenaran sekalipun ia sangat pahit untuk diterima oleh pendengar. Seharusnya golongan ini hendaklah menggunakan kalam mereka hanya untuk menyatakan kebenaran. Tetapi apabila yang benar dan tidak benar sudah bercampur-aduk, akhirnya mereka sendiri yang turut menanggung kepahitan.
Sekali sekala ada boleh menipu sebilangan orang, tetapi tidaklah sepanjang masa dan tidak semua orang boleh ditipu. Hanya mereka yang ada penyakit dalam hati sahaja boleh ditipu oleh mereka yang bercakap juga kerana berpenyakit hati. Mereka ini sebenarnya sudah ditewaskan oleh syaitan-syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia.
Tetapi apalah yang hendak dihairankan. Salah seorang pemimpin golongan ini pernah secara terbuka menyatakan puaknya sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan cita-cita politik mereka. Sama ada beliau berjenaka atau serius, beliau telah melakukan kesalahan kerana cakapnya boleh menyesatkan orang lain, selain menyesatkan dirinya sendiri.
Si pemimpin itu terlupa, atau sahaja melupai bahawa Allah telah memperingatkan manusia bahawa kerja Iblis dan tenteranya syaitan adalah menyesatkan anak Adam sehingga ke hari kiamat. Allah juga telah mengisytiharkan bahawa hanya orang-orang yang beriman tidak boleh disesatkan oleh Iblis dan syaitan.
Apakah beriman itu sekadar menunaikan solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji? Tidakkah menjaga kalam daripada mengumpat, memfitnah, mencaci dan mengaibkan orang lain juga sebahagian daripada ketakwaan kepada Allah? Bolehkah kita patuhi sebahagian daripada ajaran Quran dan menolak separuh lagi?

Ingatlah bahawa kemusnahan akibat salahguna kalam amatlah buruk padahnya kepada rakyat dan negara. Keamanan akan musnah kerana rakyat tidak lagi saling mempercayai. Negara akan terjerumus ke dalam lembah anarki dan huru-hara kerana para pentadbir dikhianati.  Kerja menjahanamkan boleh berlaku dalam masa yang singkat, tetapi usaha memulihkan keadaan akan masa yang sangat lama.
Sebab itulah Allah menjelaskan bahawa memfitnah itu lebih jahat daripada membunuh.
Kepada golongan ini diseru supaya bertaubat kerana Allah Maha Penerima Taubat. Janganlah menyalahgunakan kalam yang diberikan kepada kita sebagai salah satu nikmat kepada makhlukNya yang bernama manusia atau anak Adam. Gunakan hanya untuk kebenaran dan kebaikan.
Bacalah surah Ar-Rahman (27) dan hayatilah apa yang Allah maksudkan:`` Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?’’ 

Maulana Arif (SULUNG)

Assalamualaikum,kali ini saya akan postkan tentang entry Maulana Arif iaitu seorang pengkritik dan juga pendakwah.Kebanyakan idea & pendapat beliau disalurkan di akhbar Mingguan Malaysia namun saya telah mendapat kebenaranya untuk publish post.Topic kali sangat menarik dimana beliau menekankan bagaimana orang islam telah tenggelam ke dasar dunia dan makin lupa akan Allah s.w.t.Renungkanlah ye :)



DUNIA Islam terus berkecamuk. Selepas huru-hara yang dicetuskan oleh apa yang disifatkan oleh media Barat sebagai kebangkitan rakyat, dua pemimpin negara Arab  telah  tumbang dan beberapa lagi dalam keadaan terancam.
Bermula dengan kejatuhan Presiden Tunisia, selepas itu Presiden Mesir dan pergolakan yang sama sudah merebak ke Libya, Yemen dan Bahrain.  Perkembangan ini dikhuatiri akan terus merebak ke lain-lain negara Arab. Teori domino menjadi kenyataan semula?
Kita umat Islam di Malaysia sedang menyoroti perkembangan ini dengan penuh minat.  Menarik perhatian kita kerana negara-negara berkenaan adalah negara Islam, yang pemimpin dan majoriti rakyatnya beragama Islam.
 Apakah pergolakan yang berlaku akan mengubah sistem pemerintahan dan membawa kebaikan kepada umat Islam di negara-negara berkenaan? Jawapan kepada soalan ini belum berkepastian. Yang pasti pemimpin-pemimpin yang sudah  lama memerintah telah ditumbangkan dan akan digantikan dengan pemimpin baru yang belum tentu dapat mengembalikan keamanan dan memenuhi tuntutan rakyatnya.
Agak menarik betapa pergolakan berdarah mutakhir ini melibatkan lebih banyak negara Islam. Barangkali perkembangan terbaru  ini membuatkan kita terlupa kepada nasib Afghanistan, Palestin dan Iraq.
Segalanya memungkinkan kita bertanya, apakah ini merupakan bala bencana atau sekadar ujian yang akan memberikan kekuatan baru kepada Islam dan umat Islam untuk bangkit semula? Hanya Allah s.w.t  yang Maha Mengetahui dan kita hanya boleh menunggu putaran masa untuk menonjolkan sedikit demi sedikit jawapan kepada soalan ini.
Perkembangan di dunia Islam pada zaman moden sungguh mencubit pemikiran. Kita lihat betapa yang terkaya di dunia (berdasarkan pendapatan per kapita) adalah negara-negara Islam yang dikurniakan Allah dengan limpahan rezeki minyak petrol dan gas.


Malangnya, yang termiskin juga negara-negara Islam. Tidak perlu diperincikan satu persatu nama negara-negara itu kerana umum sangat mengetahuinya.
Kenapa boleh jadi begitu? Sepatutnya negara-negara Islam yang kaya  menolong negara-negara seagama yang miskin sama ada dalam bentuk bantuan, pinjaman atau pelaburan. Ke mana mengalirnya rezeki yang Allah limpahkan kepada mereka?
Salah satu rukun Islam ialah membayar zakat yang tujuannya supaya orang-orang yang kaya boleh membantu saudara seagama yang miskin.
Setakat ini fardu membayar zakat kita laksanakan di peringkat  individu dan syarikat. Kenapa tidak diperluaskan kepada peringkat antara negara?  Ingin kita menjemput para pemimpin,  ilmuwan dan ulamak Islam membincangkan perkara ini. Banyak negara Islam yang mempunyai lebihan pendapatan berbilion matawang masing-masing.
Inilah hakikatnya. Kita orang Islam mengaku bahawa agama yang kita anuti dan Allah redhai ini adalah addin atau cara hidup. Tetapi kebanyakan kita tidak mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya sama ada di peringkat individu, masyarakat, negara dan antara negara.
Jika umat Islam dalam satu rumah boleh bertelagah dan berpecah, apatah lagi di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Inilah keadaan sebenar yang menimpa umat Islam pada hari ini. Bunuh membunuh, tipu menipu, jatuh menjatuh, fitnah memfitnah dan pelbagai lagi perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w . Musuh disokong, tetapi saudara seagama dizalimi.
Dan setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul dengan bersalawat dan berarak. Balik ke rumah atau pejabat, sebilangan kita kembali berperangai seolah-olah kita bukan umat Muhammad. Tidak usahlah kita cerminkan diri kita dengan semua sifat terpuji Rasulullah. Ambil sahaja bab benar (sidik) dan amanah, betapa ramai yang gagal mencontohi dua sifat mulia baginda ini. Lihat siapa yang banyak melakukan rasuah?


Mutakhir ini kita sesama kita sudah bertelagah pula mengenai sama ada Maulidur Rasul patut disambut besar-besaran kerana ia bukan fardhu. Tidak cukup dengan banyaknya perbezaan fahaman dan pendapat yang belum selesai, kita tokok satu lagi bibit permusuhan sesama kita.
Kenapa umat Islam boleh jadi begini? Betapa Islam bermula daripada seorang insan bernama Muhammad akhirnya berkembang ke seluruh dunia sebagai agama yang paling pesat pertumbuhannya, tetapi umatnya kini lemah dan daif. Satu ketika dulu empayar Islam berkuasa hingga ke Eropah, akhirnya empayar ini runtuh, dan sebuah demi sebuah negara Islam dijajah oleh bukan Islam.
Pada hari ini kita lihat pula sebuah demi sebuah negara Islam yang merdeka dilanda pertumpahan darah dan huru-hara yang memusnahkan  kesejahteraan dan menggelapkan masa depan.
Kenapa jadi begini sedangkan kita sepatutnya umat yang memimpin?  Mudah-mudahan Allah membukakan pintu hidayatNya supaya kita dapat mencungkil jawapannya. Insya-Allah kita akan sambung bicara minggu depan.
Akhir kalam renungilah maksud ayat al-Quran ini.
``Maka datanglah sesudah mereka (nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w dan umat mereka) pengganti yang menyia-nyiakan solat dan mengikut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menerima bencana.’’  - 19:59
Salam hormat dari hamba.
  

Saturday, February 12, 2011

Maulidur rasul kian lupa Valentine(hari kekasih) kian terpahat dihati?

Assalamualaikum , kali ini saya akan bincangkan topic yang sangat menarik mengenai Hari valentine dan Maulidur rasul. Di dalam era bercinta yang kian hangat dan terpahat di hati masyarakat islam,mereka lebih mengutamakan Hari valentine yang telah diungkapkan beberapa kali bahawa hukum menyambut hari valentine adalah haram dan sama sekali tidak boleh diamalkan didalam hidup seseorang muslim yang beriman.Namun ramai yang tidak sedar dan mengabaikan ajaran agama islam dan mengutamakan kehidupan yang penuh dengan kelalaian.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).


MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



SEBALIK HARI KEKASIH(VALENTINE'S DAY)
Pada hari jumaat tarikh 11/2/2011,saya telah menunaikan solat jumaat di Masjid india di Masjid Jamek.Dan khutbah pada hari itu bertajuk "Hari Valentine adalah haram".Hari valentine adalah kisah tentang seorang paderi gereja katolik yang menentang dan menghapuskan pengaruh islam di cordova.mari kita renungkan.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.Sama sekali tidak dijelaskan bahawa umat islam boleh menyambut amalan agama kristian,itu dikira sebagai kita mengamalkan ajaran kristian yang bertentangan dengan agama islam.Jelas dan nyata disini saya menyeru supaya semua umat islam khusunya di kalangan umur saya sendiri supaya sedar tentang haramnya menyambut hari kekasih dan haruslah kita menyambut  ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang banyak berkorban demi umatnya yang tersayang,tidakkah anda pilu apabila baginda dilupakan sebegitu.Baginda Rasulullah S.A.W berkorban jiwa raganya demi agama Islam yakni Agama Allah yang tercinta sedangkan kita mengagungkan amalan agama kristian yang bertentangan dengan ajaran islam?Adakah anda sedar?Saya hanya menyeru,tidak memaksa.Sekian,yang buruk dari saya,yang baik dari Allah s.w.t Wassalamualaikum.
INFORMASI DIPETIK DIDALAM KHUTBAH JUMAAT MASJID INDIA DAN E-KHUTBAH WORDPRESS.

Friday, February 4, 2011

Wanita beriman & solehah pasti & wajib bertudung.

Assalamualaikum para pembaca sekalian,kali ini saya akan membincangkan serba sedikit pendapat dan ilmu yang saya peroleh daripada pembacaan dan rujukan secara ulang-ulangan dalam cara pemakaian kaum wanita Islam.Di dalam dunia ini,wanita harus ada batasan dalam pakaian mereka.
Semestinya ada sebab disebalik tuntutan untuk kaum wanita memakai pakaian yang labuh.
Di dalam negara Malaysia yang kian maju dengan pesat,ramai kaum wanita lupa akan ajaran agama Islam.
Ramai wanita yang mengaku beragama islam sedangkan tidak memakai tudung dan tidak melabuhkan pakaian.Hukum melabuhkan pakaian dan memakai tudung bagi perempuan adalah wajib sama sekali.Percayalah dan ketahuilah bahawa perkara ini sudah diulang-ulangkan di dalam Al-quran.Ramai yang sudah lupa akan titik menjaga penampilan mereka.Tidak dinafikan Malaysia ini negara Islam,namun tidak ramai yang mengikuti pegangan Al-quran dan As-sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Wanita pada zaman sekarang ada juga yang memakai tudung sekadar fesyen dan trend dan ada juga yang memakai tudung kerana dipaksa dan Alhamdulillah ada juga yang memakai tudung secara rela dan faham tentang syariat dan hakikat Agama islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W daripada yang maha esa Allah s.w.t.Allah adalah tuhan yang maha mengetahui.Semestinya yang esa itu tahu akan sebabnya kenapa harus wanita-wanita melabuhkan pakaian mereka.

Wanita beriman wajib bertudung,itu sudah semesti.Tapi bila ditanya,"Kenapa tak bertudung?",Ada yang akan akan menjawab "Belum sampai masa" dan yang paling sedih sekali adalah apabila wanita tak bertudung membangkitkan isu tentang akhlak buruk perempuan yang bertudung,"Orang yang pakai tudung,bukanya semesti baik sangat?,Dating kena tangkap khalwat la,pegang tangan!".Saya tidak nafikan perkara tersebut namun haruskah kita menuduh dan menjatuhkan tuduhan sebegitu?Itu adalah urusan individu itu dan seharusnya kita tidak perlu mencari keburukan seseorang dan lebih kepada menguruskan diri kita dalam mengambil nilai baik orang lain.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG,Segala alasan yang diberikan itu tidak relevan di sisi Allah s.w.t.Di sini Allah S.w.t berfirman:-

  • Katakanlah kepada wanita beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan,dan memelihara kemaluan dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada,dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-putera suami mereka,atau adik beradik lelaki mereka,atau putera-putera adik beradik mereka,atau wanita-wanita Islam,atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah menghentak kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah s.w.t,hai orang-orang beriman supaya kamu beruntung."-24:31

Anda pasti sebagai seorang wanita muslim yang baik tidak bertudung itu beriman?Beriman adalah patuh kepada Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganya.Kalau kita ingin beriman dan ingin mendapatkan keredhaan yang maha Esa,seharusnya kita melakukan suruhanya.Tudung dan pakaian yang labuh itu menampakkan kesucian seorang wanita dimana maruahnya dijaga.Allah telah jelaskan kepada wanita-wanita islam dan para suami serta ibu bapa dan keluarga untuk memperingati anak-anak perempuan mereka,adik beradik perempuan mereka serta isteri mereka untuk menjaga aurat mereka.Ketahuilah ayat di atas telah jelas menunjukkan kaum wanita untuk memakai tudung dan melabuhkan pakaianya agar tidak menampakkan bentuk badan mereka.


Di sini juga Allah menuntut wanita untuk memelihara kemaluan mereka supaya tidak jatuh kelembah kemaksiatan dan zina.Allah juga menuntut memelihara pemandangan mereka bukan terhadap lelaki sahaja namun apa yang boleh membangkit nafsu jahat mereka termasuk bahan lucah.Maksud"memelihara kemaluan"adalah menjaga maruah dan alat sulit mereka.Ayat di atas juga memperincikan di hadapan siapa seseorang wanita itu dikecualikan daripada memakai tudung dan menampakkan perhiasan yang biasa tampak seperti rambut,leher,lengan,sebahagian betis dan susuk badan.Akhir sekali Allah mengingatkan wanita yang beriman supaya bertaubat bagi memperoleh keuntungan yang baik untuk mereka yang beriman kepadanya,iaitu kehidupan yang diredhai Allah dan Kehidup akhirat yang penuh kesenangan.


OLEH KERANA PADA AWAL AYAT INI ALLAH BERFIRMAN "KATAKANLAH KEPADA WANITA YANG BERIMAN",MAKA JELASLAH WANITA YANG MEMAKAI TUDUNG YANG LABUHNYA SAMPAI KEDADA ADALAH SATU SYARAT BERIMAN.TIADA PILIHAN LAIN JIKA INGIN MENJADI WANITA YANG SOLEHAH DAN BERIMAN.

Di sini adalah kesalahan cara pemakain tudung yang tidak betul.



Disini pula adalah cara pemakain tudung yang betul.



Disitu sahajalah keterangan saya buat kali ini.Saya ingin menyusun sepuluh jari dan memohn maaf dari hujung kepala hinga hujung kaki jika tersalah tutur kata di dalam post saya ini.InsyAllah,yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari saya sendiri :)

أحب أمي

Renungkanlah Video ini sempena ibu yang tercinta.Untuk pengetahuan anda semua,Kasih Sayang Allah Disalurkan melalui ibu kepada kita.Apa yang baik seorang ibu telah lakukan kepada anaknya semua adalah dari Allah s.w.t.Jika kita hayati video ini,pasti akan mengalirkan air mata.

Thursday, February 3, 2011

Khalifah?

MUQADIMAH

Assalamualaikum ,
pada kali ini,saya akan menceritakan serba sedikit tentang Khalifah.
Sebenarnya , secara umumnya ,maksud Khalifah adalah gelaran yang diberikan kepada Umat Islam selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad S.A.W..Khalifah(خليفة) dalam erti kata lain adalah perwakilan atau ganti.Khalifah juga bermaksud Amirul Mukminin atau dalam erti kata lain juga bermaksud "Pemimpin Orang Yang Beriman".

  1. Khalifah merupakan pemimpin atau ketua dalam menjaga hal ehwal agama Islam serta memperjuangkan syariat dan hakikat Islam.
  2. Khalifah merupakan pemimpin bukan saja dari aspek diri,keluarga,pentadbiran negara dan segala-gala aspek yang merangkumi kehidupan seorang mukmin.
Kadang kala,manusia sering keliru dgn maksud Khalifah dengan Khilafah.Khilafah sebenarnya adalah sistem pentadbiran yang khas dan menggunakan Islam sebagai landasan ideologi dan Undang-undang yang berteraskan Al-quran dan As-sunnah.

KHALIFAH TERHADAP INDIVIDU

Sebenarnya,secara khusus.Sebelum hendak menjadi Khalifah kepada orang lain tidak kira dalam segi pentadbiran,kekeluargaan,ekonomi dan lain-lain ,hendaklah kita sentiasa memperingati diri kita bahawa titik sebenar Khalifah adalah terhadap diri kita sendiri.Untuk menjadi Khalifah yang adil terhadap diri kita haruslah kita bersyukur dan beramal ke jalan Allah dengan 7 sifat pinjaman Allah yang diberikan kepada manusia.
7 sifat pinjaman Allah kepada manusia termasuklah:-
  1. Qudrat (berkuasa)
  2. Iradat (Kehendak)
  3. Ilmu (Pengetahuan)
  4. Hayat (Hidup)
  5. Sama (Mendengar)
  6. Basar (Melihat)
  7. Qalam (Bekata-kata)

Di dalam Al-quran telah diungkapkan manusia dikurniakan "Sebaik-baik kejadian".Maksudnya qudrat,iradat,ilmu,hayat,sama,basar dan qalam manusia amatlah luar biasa berbanding makhluk lain.Antara qudrat manusia dan gajah , yang manakah lebih kuat? Semestinya manusia.Tetapi Mengapa? Walaupun gajah boleh memusnahkan pokok,namun manusia boleh memusnahkan bandar dengan menggunakan bom atom.Berbanding iradat manusia dengan binatang dan jin serta malaikat,yang manakah lebih luar biasa?Semestinya manusia.Tetapi Mengapa?Kerana Binatang kehendaknya hanyalah tidur dan makan , Jin hanyalah menyesatkan anak adam,dan ,malaikat hanyalah patuh kepada Allah s.w.t. Apabila berkata tentang iradat manusia,kehendaknya sungguh luar biasa sekali,manusia boleh berkehendak jauh,ingin mencipta kapal angkasa,ingin menjadi kaya,ingin menjadi orang yang disegani dan ada juga manusia yang ingin mencipta manusia(Klon).MashAllah.Ilmu manusia juga sungguh hebat.Kalau diungkapkan satu persatu,pasti lama dan bosan untuk saudara membaca.Haruslah saudara fikir tentang sifat-sifat ini.

7 sifat yang Allah pinjamkan kepada kita ini haruslah kita gunakan kearah Ihdinassirotolmustaqim supaya mendapat kerdhaan Allah.Dengan berlaku Adil terhadap 7 sifat ini terhadap diri manusia sebagai seorang Khalifah , lengkaplah diri seseorang itu untuk memimpin manusia-manusia yang lain dimana dirinya yang kukuh kepada Allah sudah semestinya memperbolehkan dan mempersiapkan dirinya untuk menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjadi seorang Khalifah.

Sekian,harap kita renung-renungkanlah apa yang telah Allah pinjamkan kepada kita supaya kita tidak kufur.Gunakan sifat-sifat ini hanya untuk Keredhaan Allah s.w.t.
Wassalamualaikum :)