Saturday, February 12, 2011

Maulidur rasul kian lupa Valentine(hari kekasih) kian terpahat dihati?

Assalamualaikum , kali ini saya akan bincangkan topic yang sangat menarik mengenai Hari valentine dan Maulidur rasul. Di dalam era bercinta yang kian hangat dan terpahat di hati masyarakat islam,mereka lebih mengutamakan Hari valentine yang telah diungkapkan beberapa kali bahawa hukum menyambut hari valentine adalah haram dan sama sekali tidak boleh diamalkan didalam hidup seseorang muslim yang beriman.Namun ramai yang tidak sedar dan mengabaikan ajaran agama islam dan mengutamakan kehidupan yang penuh dengan kelalaian.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).


MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



SEBALIK HARI KEKASIH(VALENTINE'S DAY)
Pada hari jumaat tarikh 11/2/2011,saya telah menunaikan solat jumaat di Masjid india di Masjid Jamek.Dan khutbah pada hari itu bertajuk "Hari Valentine adalah haram".Hari valentine adalah kisah tentang seorang paderi gereja katolik yang menentang dan menghapuskan pengaruh islam di cordova.mari kita renungkan.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.Sama sekali tidak dijelaskan bahawa umat islam boleh menyambut amalan agama kristian,itu dikira sebagai kita mengamalkan ajaran kristian yang bertentangan dengan agama islam.Jelas dan nyata disini saya menyeru supaya semua umat islam khusunya di kalangan umur saya sendiri supaya sedar tentang haramnya menyambut hari kekasih dan haruslah kita menyambut  ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang banyak berkorban demi umatnya yang tersayang,tidakkah anda pilu apabila baginda dilupakan sebegitu.Baginda Rasulullah S.A.W berkorban jiwa raganya demi agama Islam yakni Agama Allah yang tercinta sedangkan kita mengagungkan amalan agama kristian yang bertentangan dengan ajaran islam?Adakah anda sedar?Saya hanya menyeru,tidak memaksa.Sekian,yang buruk dari saya,yang baik dari Allah s.w.t Wassalamualaikum.
INFORMASI DIPETIK DIDALAM KHUTBAH JUMAAT MASJID INDIA DAN E-KHUTBAH WORDPRESS.

Friday, February 4, 2011

Wanita beriman & solehah pasti & wajib bertudung.

Assalamualaikum para pembaca sekalian,kali ini saya akan membincangkan serba sedikit pendapat dan ilmu yang saya peroleh daripada pembacaan dan rujukan secara ulang-ulangan dalam cara pemakaian kaum wanita Islam.Di dalam dunia ini,wanita harus ada batasan dalam pakaian mereka.
Semestinya ada sebab disebalik tuntutan untuk kaum wanita memakai pakaian yang labuh.
Di dalam negara Malaysia yang kian maju dengan pesat,ramai kaum wanita lupa akan ajaran agama Islam.
Ramai wanita yang mengaku beragama islam sedangkan tidak memakai tudung dan tidak melabuhkan pakaian.Hukum melabuhkan pakaian dan memakai tudung bagi perempuan adalah wajib sama sekali.Percayalah dan ketahuilah bahawa perkara ini sudah diulang-ulangkan di dalam Al-quran.Ramai yang sudah lupa akan titik menjaga penampilan mereka.Tidak dinafikan Malaysia ini negara Islam,namun tidak ramai yang mengikuti pegangan Al-quran dan As-sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Wanita pada zaman sekarang ada juga yang memakai tudung sekadar fesyen dan trend dan ada juga yang memakai tudung kerana dipaksa dan Alhamdulillah ada juga yang memakai tudung secara rela dan faham tentang syariat dan hakikat Agama islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W daripada yang maha esa Allah s.w.t.Allah adalah tuhan yang maha mengetahui.Semestinya yang esa itu tahu akan sebabnya kenapa harus wanita-wanita melabuhkan pakaian mereka.

Wanita beriman wajib bertudung,itu sudah semesti.Tapi bila ditanya,"Kenapa tak bertudung?",Ada yang akan akan menjawab "Belum sampai masa" dan yang paling sedih sekali adalah apabila wanita tak bertudung membangkitkan isu tentang akhlak buruk perempuan yang bertudung,"Orang yang pakai tudung,bukanya semesti baik sangat?,Dating kena tangkap khalwat la,pegang tangan!".Saya tidak nafikan perkara tersebut namun haruskah kita menuduh dan menjatuhkan tuduhan sebegitu?Itu adalah urusan individu itu dan seharusnya kita tidak perlu mencari keburukan seseorang dan lebih kepada menguruskan diri kita dalam mengambil nilai baik orang lain.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG,Segala alasan yang diberikan itu tidak relevan di sisi Allah s.w.t.Di sini Allah S.w.t berfirman:-

  • Katakanlah kepada wanita beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan,dan memelihara kemaluan dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada,dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-putera suami mereka,atau adik beradik lelaki mereka,atau putera-putera adik beradik mereka,atau wanita-wanita Islam,atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah menghentak kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah s.w.t,hai orang-orang beriman supaya kamu beruntung."-24:31

Anda pasti sebagai seorang wanita muslim yang baik tidak bertudung itu beriman?Beriman adalah patuh kepada Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganya.Kalau kita ingin beriman dan ingin mendapatkan keredhaan yang maha Esa,seharusnya kita melakukan suruhanya.Tudung dan pakaian yang labuh itu menampakkan kesucian seorang wanita dimana maruahnya dijaga.Allah telah jelaskan kepada wanita-wanita islam dan para suami serta ibu bapa dan keluarga untuk memperingati anak-anak perempuan mereka,adik beradik perempuan mereka serta isteri mereka untuk menjaga aurat mereka.Ketahuilah ayat di atas telah jelas menunjukkan kaum wanita untuk memakai tudung dan melabuhkan pakaianya agar tidak menampakkan bentuk badan mereka.


Di sini juga Allah menuntut wanita untuk memelihara kemaluan mereka supaya tidak jatuh kelembah kemaksiatan dan zina.Allah juga menuntut memelihara pemandangan mereka bukan terhadap lelaki sahaja namun apa yang boleh membangkit nafsu jahat mereka termasuk bahan lucah.Maksud"memelihara kemaluan"adalah menjaga maruah dan alat sulit mereka.Ayat di atas juga memperincikan di hadapan siapa seseorang wanita itu dikecualikan daripada memakai tudung dan menampakkan perhiasan yang biasa tampak seperti rambut,leher,lengan,sebahagian betis dan susuk badan.Akhir sekali Allah mengingatkan wanita yang beriman supaya bertaubat bagi memperoleh keuntungan yang baik untuk mereka yang beriman kepadanya,iaitu kehidupan yang diredhai Allah dan Kehidup akhirat yang penuh kesenangan.


OLEH KERANA PADA AWAL AYAT INI ALLAH BERFIRMAN "KATAKANLAH KEPADA WANITA YANG BERIMAN",MAKA JELASLAH WANITA YANG MEMAKAI TUDUNG YANG LABUHNYA SAMPAI KEDADA ADALAH SATU SYARAT BERIMAN.TIADA PILIHAN LAIN JIKA INGIN MENJADI WANITA YANG SOLEHAH DAN BERIMAN.

Di sini adalah kesalahan cara pemakain tudung yang tidak betul.



Disini pula adalah cara pemakain tudung yang betul.



Disitu sahajalah keterangan saya buat kali ini.Saya ingin menyusun sepuluh jari dan memohn maaf dari hujung kepala hinga hujung kaki jika tersalah tutur kata di dalam post saya ini.InsyAllah,yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari saya sendiri :)

أحب أمي

Renungkanlah Video ini sempena ibu yang tercinta.Untuk pengetahuan anda semua,Kasih Sayang Allah Disalurkan melalui ibu kepada kita.Apa yang baik seorang ibu telah lakukan kepada anaknya semua adalah dari Allah s.w.t.Jika kita hayati video ini,pasti akan mengalirkan air mata.

Thursday, February 3, 2011

Khalifah?

MUQADIMAH

Assalamualaikum ,
pada kali ini,saya akan menceritakan serba sedikit tentang Khalifah.
Sebenarnya , secara umumnya ,maksud Khalifah adalah gelaran yang diberikan kepada Umat Islam selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad S.A.W..Khalifah(خليفة) dalam erti kata lain adalah perwakilan atau ganti.Khalifah juga bermaksud Amirul Mukminin atau dalam erti kata lain juga bermaksud "Pemimpin Orang Yang Beriman".

  1. Khalifah merupakan pemimpin atau ketua dalam menjaga hal ehwal agama Islam serta memperjuangkan syariat dan hakikat Islam.
  2. Khalifah merupakan pemimpin bukan saja dari aspek diri,keluarga,pentadbiran negara dan segala-gala aspek yang merangkumi kehidupan seorang mukmin.
Kadang kala,manusia sering keliru dgn maksud Khalifah dengan Khilafah.Khilafah sebenarnya adalah sistem pentadbiran yang khas dan menggunakan Islam sebagai landasan ideologi dan Undang-undang yang berteraskan Al-quran dan As-sunnah.

KHALIFAH TERHADAP INDIVIDU

Sebenarnya,secara khusus.Sebelum hendak menjadi Khalifah kepada orang lain tidak kira dalam segi pentadbiran,kekeluargaan,ekonomi dan lain-lain ,hendaklah kita sentiasa memperingati diri kita bahawa titik sebenar Khalifah adalah terhadap diri kita sendiri.Untuk menjadi Khalifah yang adil terhadap diri kita haruslah kita bersyukur dan beramal ke jalan Allah dengan 7 sifat pinjaman Allah yang diberikan kepada manusia.
7 sifat pinjaman Allah kepada manusia termasuklah:-
  1. Qudrat (berkuasa)
  2. Iradat (Kehendak)
  3. Ilmu (Pengetahuan)
  4. Hayat (Hidup)
  5. Sama (Mendengar)
  6. Basar (Melihat)
  7. Qalam (Bekata-kata)

Di dalam Al-quran telah diungkapkan manusia dikurniakan "Sebaik-baik kejadian".Maksudnya qudrat,iradat,ilmu,hayat,sama,basar dan qalam manusia amatlah luar biasa berbanding makhluk lain.Antara qudrat manusia dan gajah , yang manakah lebih kuat? Semestinya manusia.Tetapi Mengapa? Walaupun gajah boleh memusnahkan pokok,namun manusia boleh memusnahkan bandar dengan menggunakan bom atom.Berbanding iradat manusia dengan binatang dan jin serta malaikat,yang manakah lebih luar biasa?Semestinya manusia.Tetapi Mengapa?Kerana Binatang kehendaknya hanyalah tidur dan makan , Jin hanyalah menyesatkan anak adam,dan ,malaikat hanyalah patuh kepada Allah s.w.t. Apabila berkata tentang iradat manusia,kehendaknya sungguh luar biasa sekali,manusia boleh berkehendak jauh,ingin mencipta kapal angkasa,ingin menjadi kaya,ingin menjadi orang yang disegani dan ada juga manusia yang ingin mencipta manusia(Klon).MashAllah.Ilmu manusia juga sungguh hebat.Kalau diungkapkan satu persatu,pasti lama dan bosan untuk saudara membaca.Haruslah saudara fikir tentang sifat-sifat ini.

7 sifat yang Allah pinjamkan kepada kita ini haruslah kita gunakan kearah Ihdinassirotolmustaqim supaya mendapat kerdhaan Allah.Dengan berlaku Adil terhadap 7 sifat ini terhadap diri manusia sebagai seorang Khalifah , lengkaplah diri seseorang itu untuk memimpin manusia-manusia yang lain dimana dirinya yang kukuh kepada Allah sudah semestinya memperbolehkan dan mempersiapkan dirinya untuk menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjadi seorang Khalifah.

Sekian,harap kita renung-renungkanlah apa yang telah Allah pinjamkan kepada kita supaya kita tidak kufur.Gunakan sifat-sifat ini hanya untuk Keredhaan Allah s.w.t.
Wassalamualaikum :)