Wednesday, June 15, 2011

Nikmat Allah Kepada Manusia dan Tanda Kebesaranya.

Assalamualaikum w.b.k.

Tahukah anda bahawa Allah s.w.t itu maha pemurah lagi maha pengasih?

Tahukah anda Allah mengurniakan manusia dengan pelbagai kemudahan dan keperluan?

Mengapakah manusia masih angkuh sama ada yang kafir mahupun muslim?

Hilangnya tuju arah yang benar seorang manusia terletak kepada keimanan mereka.

Iman merupakan asas utama bagi seorang muslim.

Manusia zaman sekarang hanya sedar jika segala nikmat yang mereka peroleh itu datang adalah dari usaha mereka sendiri,bukanya Allah s.w.t dan di sinilah segala-gala bencana akan berlaku.Hati seseorang manusia itu akan dihijab dan kebenaran akan sukar untuk diperoleh.

Tahukah kita bahawa makanan merupakan kurniaan Allah kepada kita?
Ia merupakan salah satu nikmat dari Allah kepada kita.

Makanan merupakan asas kepada segala keperluan manusia.Tanpa makanan,manusia akan mati.

Segala-gala yang terletak di dunia ini dan alam semesta ini milik Allah S.W.T.

Tapi manusia pada masa kini menjadi angkuh apabila mendapat nikmat daripada Allah.Ada yang Bakhil dan Ada yang Boros.Sewajarnya seseorang itu dapat membezakan mana keperluan dan nafsu.
 
Sebaik-baiknya seorang manusia itu membelanjakan wangnya kearah suruhan Allah S.W.T , sesungguhnya segala hartanya dikurniakan Allah.


Bukan sahaja makanan itu nikmat Allah kepada kita,segala-gala yang terletak di atas muka bumi dan alam semesta ini milikNYA.


Surah Yasin  ayat 37 : Dan suatu tanda ( kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam ; Kami tanggalkan siang dari malam itu , maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.

Sudah jelas ternyata , jika Allah s.w.t menutup siang dengan malam,segala bumi akan berada di dalam kegelapan .Alangkah seksanya jika setiap masa bumi ini diliputi kegelapan , segala-galanya akan mengalami perubahan.Pokok akan mati kerana tidak dapat menjalani proses fotosintesis,binatang herbivor akan mati kerana tidak mendapat tumbuh-tumbuhan untuk dimakan dan segala rantai kitaran hidup akan mati satu per satu.Jika Allah menarik satu persatu nikmat,sesungguhnya manusia akan berada di dalam penuh kesusahan.Potongan ayat surah yasin ayat 37 ini cukup kukuh menjelaskan nikmat yang diberikan dari Allah kepada kita dan juga Tanda kebesaranya.