Thursday, February 3, 2011

Khalifah?

MUQADIMAH

Assalamualaikum ,
pada kali ini,saya akan menceritakan serba sedikit tentang Khalifah.
Sebenarnya , secara umumnya ,maksud Khalifah adalah gelaran yang diberikan kepada Umat Islam selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad S.A.W..Khalifah(خليفة) dalam erti kata lain adalah perwakilan atau ganti.Khalifah juga bermaksud Amirul Mukminin atau dalam erti kata lain juga bermaksud "Pemimpin Orang Yang Beriman".

  1. Khalifah merupakan pemimpin atau ketua dalam menjaga hal ehwal agama Islam serta memperjuangkan syariat dan hakikat Islam.
  2. Khalifah merupakan pemimpin bukan saja dari aspek diri,keluarga,pentadbiran negara dan segala-gala aspek yang merangkumi kehidupan seorang mukmin.
Kadang kala,manusia sering keliru dgn maksud Khalifah dengan Khilafah.Khilafah sebenarnya adalah sistem pentadbiran yang khas dan menggunakan Islam sebagai landasan ideologi dan Undang-undang yang berteraskan Al-quran dan As-sunnah.

KHALIFAH TERHADAP INDIVIDU

Sebenarnya,secara khusus.Sebelum hendak menjadi Khalifah kepada orang lain tidak kira dalam segi pentadbiran,kekeluargaan,ekonomi dan lain-lain ,hendaklah kita sentiasa memperingati diri kita bahawa titik sebenar Khalifah adalah terhadap diri kita sendiri.Untuk menjadi Khalifah yang adil terhadap diri kita haruslah kita bersyukur dan beramal ke jalan Allah dengan 7 sifat pinjaman Allah yang diberikan kepada manusia.
7 sifat pinjaman Allah kepada manusia termasuklah:-
  1. Qudrat (berkuasa)
  2. Iradat (Kehendak)
  3. Ilmu (Pengetahuan)
  4. Hayat (Hidup)
  5. Sama (Mendengar)
  6. Basar (Melihat)
  7. Qalam (Bekata-kata)

Di dalam Al-quran telah diungkapkan manusia dikurniakan "Sebaik-baik kejadian".Maksudnya qudrat,iradat,ilmu,hayat,sama,basar dan qalam manusia amatlah luar biasa berbanding makhluk lain.Antara qudrat manusia dan gajah , yang manakah lebih kuat? Semestinya manusia.Tetapi Mengapa? Walaupun gajah boleh memusnahkan pokok,namun manusia boleh memusnahkan bandar dengan menggunakan bom atom.Berbanding iradat manusia dengan binatang dan jin serta malaikat,yang manakah lebih luar biasa?Semestinya manusia.Tetapi Mengapa?Kerana Binatang kehendaknya hanyalah tidur dan makan , Jin hanyalah menyesatkan anak adam,dan ,malaikat hanyalah patuh kepada Allah s.w.t. Apabila berkata tentang iradat manusia,kehendaknya sungguh luar biasa sekali,manusia boleh berkehendak jauh,ingin mencipta kapal angkasa,ingin menjadi kaya,ingin menjadi orang yang disegani dan ada juga manusia yang ingin mencipta manusia(Klon).MashAllah.Ilmu manusia juga sungguh hebat.Kalau diungkapkan satu persatu,pasti lama dan bosan untuk saudara membaca.Haruslah saudara fikir tentang sifat-sifat ini.

7 sifat yang Allah pinjamkan kepada kita ini haruslah kita gunakan kearah Ihdinassirotolmustaqim supaya mendapat kerdhaan Allah.Dengan berlaku Adil terhadap 7 sifat ini terhadap diri manusia sebagai seorang Khalifah , lengkaplah diri seseorang itu untuk memimpin manusia-manusia yang lain dimana dirinya yang kukuh kepada Allah sudah semestinya memperbolehkan dan mempersiapkan dirinya untuk menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjadi seorang Khalifah.

Sekian,harap kita renung-renungkanlah apa yang telah Allah pinjamkan kepada kita supaya kita tidak kufur.Gunakan sifat-sifat ini hanya untuk Keredhaan Allah s.w.t.
Wassalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment